2024-09-03 berita.rtm.gov.myHaiPress
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
Putrajaya,3 September – Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan sebagai langkah untuk menangani isu pertindihan fungsi serta penjimatan dana negara.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha reformasi perkhidmatan awam dan pengurusan badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC),yang berkuat kuasa serta merta.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,dalam ucapan beliau semasa majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan,menggariskan bahawa penubuhan sekretariat ini adalah tindak balas terhadap masalah pertindihan fungsi dan pembaziran kewangan yang berlaku akibat bilangan badan berkanun yang terlalu banyak dan tidak terurus.
“Badan berkanun ini terlalu banyak,malah sering bertindih fungsi sehingga menyebabkan pembaziran dan keterlanjuran kewangan. Saya telah memutuskan untuk kementerian kewangan mewakili kerajaan secara keseluruhan bagi membentuk jawatankuasa dua hala,yang akan mengemaskini dan merasionalisasi badan berkanun,” kata Perdana Menteri.
Beliau menjelaskan bahawa rasionalisasi bertujuan untuk mengurangkan bilangan badan berkanun serta mengatasi masalah pengurusan dan pembaziran belanja yang ketara.
“Rasionalisasi ini bermaksud kita perlu mengurangkan bilangan badan berkanun yang ada dan menangani keterlanjuran dalam belanja,” tambahnya.
Langkah ini diambil sebagai usaha untuk memperbaiki kecekapan pengurusan dan memastikan penggunaan dana negara yang lebih berhemah.
Penubuhan Sekretariat Kajian Rasionalisasi diharap dapat membawa perubahan positif dalam sistem pengurusan badan berkanun di negara ini.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20