2024-08-29 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 Ogos- Anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India,dilihat bergilir-bergilir memasuki loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam,difahamkan sedalam bangunan lima tingkat.
Berdasarkan tinjauan Bernama di lokasi,tidak kurang tiga anggota bomba yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE),menggalas tangki oksigen dan alatan pernafasan bergilir-gilir memasuki loji terbabit dengan setiap kali pusingan pencarian dianggarkan mengambil masa selama sejam.
Difahamkan,pihak IWK telah pun mengeringkan loji itu sebelum anggota bomba masuk untuk melakukan pencarian di dasar loji yang menyimpan bahan kumbahan penduduk di sekitar ibu kota.
Dikatakan juga,terdapat pelbagai jenis gas berbahaya di dalam loji berkenaan antaranya gas hidrogen sulfida dan gas metana yang bukan sahaja beracun,tetapi juga mudah terbakar.
Pada Jumaat lepas,mangsa yang dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi,48,hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong,dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan menuju ke sebuah kuil berhampiran untuk bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.- BERNAMA
BERITA BERKAITAN:
JKR beri bantuan teknikal cari mangsa tanah jerlus
Tanah jerlus: Tatu nama ibu jadi kenangan - Anak
Tiada keperluan isytihar tanah jerlus Masjid India sebagai zon bencana
Pelbagai kaedah akan diguna untuk kesan mangsa tanah jerlus - KPN
Tanah jerlus: JKR diarah beri bantuan teknologi- Nanta
Operasi cari mangsa tanah jerlus masuk hari kelima
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna kamera kesan mangsa
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20