Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Bursa Malaysia dibuka tinggi

2024-08-27 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,27 Ogos- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa walaupun Wall Street mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman,ekoran kemungkinan pelabur beralih daripada saham teknologi menjelang pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Pada pukul 9.05 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.99 mata kepada 1,640.95 daripada 1,638.96 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 0.20 mata lebih tinggi kepada 1,639.16.

Bagi keseluruhan pasaran,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 156 berbanding 152,manakala 222 kaunter tidak berubah,1,996 kaunter tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 95.39 juta unit bernilai RM59.48 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dagangan di bursa tempatan kekal hambar walaupun FBM KLCI ditutup positif pada hampir paras 1,640 semalam.

“Pembelian saham mewah berterusan dengan aliran masuk dana asing,mungkin memanfaatkan kenaikan nilai ringgit yang telah meningkat kepada hampir paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada RM4.35 berbanding dolar AS.

“Oleh itu,kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,635 hingga 1,645 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu,Thong berkata konflik yang semakin buruk di Asia Barat mendorong harga minyak mentah meningkat,dengan minyak mentah Brent melonjak melebihi US$81 setong.

Antara saham wajaran tinggi,Maybank,Public Bank,CIMB dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM10.54,RM4.51,RM7.89 dan RM6.31 manakala Tenaga meningkat empat sen kepada RM13.96.

Kalangan kaunter paling aktif,Velesto naik setengah sen kepada 22 sen,Elridge menambah 1.5 sen kepada 46.5 sen,MMAG meningkat satu sen kepada 33 sen dan PBA melonjak 32 sen kepada RM2.12 sementara itu,Top Glove turun satu sen kepada 95 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 16.50 mata kepada 12,368.81,Indeks FBMT 100 naik 15.32 mata kepada 12,047.84 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 21.50 mata kepada 12,314.11.

Indeks FBM 70 menokok 25.22 mata kepada 17,750.80 dan Indeks FBM ACE naik 21.93 mata kepada 5,229.10.

Mengikut sektor,Indeks Perladangan meningkat 21.33 mata kepada 7,243.71,Indeks Tenaga naik 10.84 mata kepada 946.28,Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menokok 0.09 mata kepada 182.98,dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 3.43 mata kepada 19,044.30.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap