Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 disambut Meriah di Bintulu

2024-08-26 berita.rtm.gov.myHaiPress

Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 disambut Meriah di Bintulu

BINTULU,26 Ogos- Program "Flag Off Fun Ride Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024" berlangsung dengan penuh semangat patriotisme di Tanjung Batu,Bintulu hari ini. Acara yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

KMJG 2024 merupakan sebuah konvoi bermotor yang melibatkan seramai 184 peserta,termasuk 25 buah kenderaan Komuniti MADANI,3 kenderaan dari Bintulu Port Holding Berhad serta 100 peserta berbasikal dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Konvoi yang membawa mesej perpaduan dan cintakan tanah air ini melibatkan laluan beberapa lokasi di Sarawak seperti Bintulu,Miri,Lawas,Limbang dan akan berakhir di Sibu pada 31 Ogos nanti.

Sepanjang perjalanan konvoi,pelbagai aktiviti menarik telah diadakan,termasuk pengagihan Jalur Gemilang kepada orang ramai,pertandingan kereta berhias,serta acara larianyang bermula dari Tanjong Batu hingga ke Bintulu Port.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu,Johnny Pang,menyatakan harapan agar KMJG 2024 dapat menjadi platform untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat,tanpa mengira agama,bangsa,atau latar belakang. Beliau juga menekankan bahawa rakyat Sarawak berdiri teguh bersama Malaysia dalam mempertahankan kemerdekaan dan keharmonian negara.

Sementara itu,Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak merangkap Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024,Helmy Hamid,turut menyeru rakyat Malaysia,khususnya penduduk Bintulu,untuk menyokong inisiatif "Satu Rumah Satu Jalur Gemilang" dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Program ini diakhiri dengan upacara meletakkan Jalur Gemilang di Transit Shed 2 (TA2),Bintulu Port sebelum konvoi meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh para peserta dan masyarakat yang hadir jelas membuktikan bahawa rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air dalam jiwa rakyat Sarawak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap