2024-08-24 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,24 Ogos - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM88,000 terhadap Bank of China (Malaysia) Berhad (BOCM) pada 22 Julai 2024,kerana gagal mematuhi keperluan berhemat bagi pengaturan penyumberan luar yang penting.
BOCM membayar jumlah penalti tersebut kepada BNM pada 2 Ogos 2024.
Penalti itu dikenakan kerana BOCM gagal mendapatkan kelulusan BNM sebelum menempatkan semula dua sistemnya ke pusat data baharu pada Disember 2022 dan Februari 2023.
BNM memaklumkan bahawa tindakan tersebut tidak mematuhi perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) yang dibaca bersama dengan perenggan 12.1(b) Dokumen Dasar Penyumberan Luar (Outsourcing PD).
"Dua sistem yang terlibat adalah sistem perbankan teras dan penempatan semula ini dianggap sebagai perubahan besar pada pengaturan penyumberan luar yang sedia ada kerana ia boleh mengubah tahap dan atau jenis risiko bagi BOCM," menurut BNM menerusi kenyataan.
Tambah BNM,ketidakpatuhan ini berlaku disebabkan adanya jurang dalam pemantauan BOCM terhadap aktiviti penyumberan luarnya serta terhadap dasar dan prosedur dalaman berkaitan penyumberan luar.
BOCM telah mengambil langkah untuk mengukuhkan pemantauan terhadap amalan penyumberan luar,termasuk menetapkan semakan berkala terhadap amalan tersebut.
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27