Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

'Kami bukan ejen mana-mana parti' - Ketua Pemuda UMNO

2024-08-22 berita.rtm.gov.myHaiPress

Dr Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPURM,22 Ogos-Ketua Pemuda UMNO,Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan sayap parti itu bukan ejen kepada mana-mana parti politik seperti didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya beliau berkata kelantangan mempertahankan sesuatu isu terutama membabitkan Melayu dan Islam adalah perjuangan yang diangkat selari dengan dasar selaku parti Melayu terbesar di Malaysia.

"Kita bukan ejen mana-mana (parti politik),kami bukan orang mana-mana,kami adalah ahli UMNO.

"UMNO hari ini perlu datang dengan pendekatan baharu (iaitu) salah kena kata salah,betul kita kata betul. Kalau ada buat salah... mengaku dan perbaiki," katanya ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan Pemuda UMNO sebagai agen Perikatan Nasional (PN).

Tambah Muhamad Akmal,UMNO adalah parti keramat yang membawa suara rakyat,bukan suara pemimpin.

"Jika ada polisi kawan atau lawan itu bagus dan perlu dipertahankan (serta) rakyat memerlukannya,jadi UMNO perlu bawa suara rakyat itu,bukan suara pemimpin (tetapi) mesti suara rakyat.

"Sekiranya rakyat perlukan 'A' dan itu yang betul... jadi walaupun berbeza pendapat dengan parti ataupun rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan... kita tetap kena bawa suara itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL),di sini hari ini.

Turut hadir mendengar ucapan beliau ialah Presiden UMNO,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap