Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Unjuran melepasi jangkaan, petanda baik KDNK negara bakal capai 4-5 peratus

2024-08-20 berita.rtm.gov.myHaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR,20 Ogos- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melepasi jangkaan untuk dua suku berturut-turut,petanda baik Malaysia bakal mencapaiunjuran keseluruhan antara 4.0hingga 5.0 peratus tahun ini.

Menurut Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,antara pemacu pertumbuhan bagi suku kedua ialah peningkatan ketara pelaburan swasta.

Ia didorong keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap prospek ekonomi negara.

"Kalau kita tengok,pelaburan swasta meningkat 9.2 peratuspada suku pertama 2024 dan pada suku kedua pula naik 12 peratus,manakalasektor pembuatan pada suku pertama naik 1.9 peratus,dan suku kedua naik 4.7 peratus. Alhamdulillah,Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 sudah mula menampakkan hasil",katanya.

Menerusi media sosialnya,beliau menjelaskanlonjakan eksport yang dipacu permintaan global untuk produk tempatan,khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik turut menyumbang kepada pertumbuhan suku kedua.

Pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional akan akan memastikan negara terus menjadi antara pemain utama industri semikonduktor di peringkat global.

Tambahnya,MITI akan terus berusaha memajukan industri tempatan,meningkatkan perdagangan serta menarik pelaburan berkualiti bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap