Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Perkhidmatan mesra OKU, UiTM terima Anugerah PWDs

2024-08-19 berita.rtm.gov.myHaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia,Datuk Ts Mustapha Sakmud menyampaikan anugerah

KUALA LUMPUR,19 OGOS 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatat sejarah apabila Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD) dinobatkan sebagai penerima anugerah "Outstanding Services and Support in Higher Education for Persons with Disabilities (PWDs)" di Malaysia dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Anugerah tersebut disampaikan olehTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia,Datuk Ts Mustapha Sakmud di Malaysia Education & TVET Awards (META) 2024

Anugerah berkenaan diberikan kepada UiTM sebagai mengiktiraf usaha gigih dan komitmen universiti berkenaan dalam menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang cemerlang kepada para pelajar OKU,staf OKU dan staf dengan tanggungan OKU.

Penghargaan berkenaan semakin istimewa kerana ia turut bertepatan dengan ulang tahun kelima penubuhan Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM,yang dahulunya dikenali sebagai Unit Perkhidmatan OKU UiTM.

Anugerah META 2024 diadakan sebagai mengiktiraf institusi pendidikan dan latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara,khususnya yang mempamerkan kepimpinan dan pencapaian cemerlang dalam industri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap