Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Putera Mahkota Brunei berkenan berkunjung ke Pameran Raja Kita

2024-08-19 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,19 Ogos- Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berkunjung ke Pameran Raja Kita di Muzium Negara hari ini.

Ia merupakan sebahagian daripada acara yang dijadualkan dalam lawatan rasmi Putera Mahkota Brunei ke Malaysia bermula 17 Ogos lepas hingga Rabu ini.

Putera Mahkota Brunei dan keluarga tiba kira-kira pada pukul 10.15 pagi tadi kemudian meluangkan masa selama 50 minit di ruang pameran yang mempamerkan koleksi dan sejarah Institusi Diraja.

Baginda dan keluarga turut diberi penerangan setiap koleksi yang dipamerkan daripada Ketua Pengarah Jabatan Muzium,Datuk Kamarul Baharin A. Kasim dan Kurator Muzium Diraja Abu Bakar Johor,Mohd Azlan Hafiz Mohti.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap