2024-08-19 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,18 Ogos - Malaysia menyokong penuh keputusan Qatar bagi mengutamakan penyelesaian krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook berkata,ia susulan perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani,yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Qatar berhubung perkembangan terkini di Timur Tengah,petang tadi.
Dalam perbualan itu Sheikh Mohammed berkata,terdapat peluang baik untuk menjelmakan hasil positif dalam rundingan damai terkait konflik Palestin-Israel dan ruang itu perlu dimanfaatkan sesegera mungkin.
"Bagi pihak rakyat Malaysia,saya telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap peranan penting Qatar dan mengulangi komitmen kita untuk membantu dalam misi penting ini atas permintaan Sheikh Mohammed.
"Insya-Allah,tidak lama lagi saya akan menghubung Presiden Iran dan wakil Hamas sebagaimana yang diminta oleh Sheikh Mohammed bagi memudah cara rundingan damai,menguatkuasakan gencatan senjata dan mempercepat penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin," kata Anwar.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20