Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Niaga hadapan MSM ditutup rendah

2024-08-18 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,16 Ogos- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat susulan prestasi lemah di pasaran minyak soya terutamanya di Chicago Board of Trade (CBOT),kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata jangkaan peningkatan pengeluaran MSM juga dilihat memberi tekanan kepada harga.

”Kami melihat paras sokongan pada RM3,600 dan paras rintangan pada RM3,800,” katanya kepada Bernama.

Sewaktu dagangan ditutup,kontrak bulan semerta September 2024 berada pada RM3,872 setan metrik,manakala Oktober 2024 menyusut RM2 kepada RM3,752 setan metrik dan November 2024 menguncup RM15 kepada RM3,681 setan metrik.

Manakala kontrak Disember 2024 merosot RM19 kepada RM3,659 setan metrik,Januari 2025 turun RM23 kepada RM3,653 setan metrik dan bulan semerta baharu Februari 2025 berada pada RM3,655 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 62,644 lot daripada 60,491 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 225,277 kontrak daripada 225,038 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal Ogos Selatan kekal tidak berubah pada RM3,920 setan metrik.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap