2024-08-10 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto RTM
ALOR SETAR,10 Ogos - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menggunakan enam pesawat tanpa pemandu (dron) bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan alam sekitar seperti pemetaan dan pemantauan pencemaran serta pembakaran terbuka di Kedah.
Tugas itu dilaksanakan 22 juruterbang dron dari Unit Dron JAS Kedah.
Daripada jumlah itu,tiga juruterbang memiliki lesen Remote Pilot Compitency-Basic (RCOC-b) daripada Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) untuk menerbangkan enam dron milik JAS termasuk dron termal yang boleh mengesan kebakaran.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata latihan 'hands-on' secara teori dan praktikal di lapangan dijalankan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kemahiran pegawai dalam pengendalian dron.
"Pegawai serta juruterbang dron dilatih tentang proses penawanan dan cerapan imej dron dari udara serta proses untuk menghasilkan paparan akhir bagi kawasan-kawasan industri serta projek-projek pembangunan tertakluk Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) yang dipantau," katanya dalam kenyataan.
Selain itu,dron juga digunakan secara meluas untuk menjalankan siasatan pembakaran terbuka dan mengesan lain-lain punca kebakaran,siasatan aduan serta penghasilan imej dan video bagi program kesedaran alam sekitar.
"Ketersediaan teknologi pesawat tanpa pemandu (dron) secara langsung dapat membantu para pegawai JAS dalam menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan lebih berkesan." kata kenyataan itu lagi.
Disamping itu,ilmu pengetahuan dan kemahiran pengendalian dron juga menjadi salah satu nilai tambah bagi pegawai JAS dalam membina kapasiti diri sebagai pegawai penguat kuasa.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20