Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Lebih sedekad, tiga beradik terima sijil kelahiran

2024-08-06 berita.rtm.gov.myHaiPress

Tiga beradik menerima sijil kelahiran di kediamannya di Kampung Tebing Tinggi,Malim Nawar

KAMPAR,6 Ogos- Penantian tiga beradik untuk mendapatkan sijil kelahiran berakhir apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah berkunjung ke rumah mereka di Kampung Tebing Tinggi,Malim Nawar untuk menyerahkan dokumen itu.

Bapa mereka Hariandi Dimun 41 tahun meluahkan rasa syukur kerana masalah itu dapat selesaikan dan akan melancarkan urusan kehidupan anak-anaknya masing-masing berusia 23,21 dan 10 tahun.

Hariandi mengakui kelalaian dan kesempitan hidup menjadi punca masalah tersebut gagal diselesaikan lebih 20 tahun meskipun pernah mengadu ke JPN sebelum ini.

"Sebelum ini ada,memang ada tetapi sebab saya tidak pandai menulis dan membaca,jadi itu yang saya buat sekerat jalan.

"Saya mengucapkan terim akasih kepada mereka yang banyak menolong kami sekeluarga. Kalau tidak dibantu saya rasa mungkin urusan ini tidak siap," luahnya dengan perasaan lega.

Sementara itu Exco Komunikasi,Multimedia dan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri Perak merangkap ADUN Tualang Sekah Mohd Azlan Helmi berkata,selepas ini pihaknya akan membantu anak-anak tersebut bagi mendapatkan kad pengenalan.

"...kita minta bantuan daripada masyarakat sekitar supaya cakna dengan apa yang terjadi di persekitaran kita. Kadang-kadang seperti mana keluarga ini yang kita dapat (KESAN) melalui ketua kampung,melalui penduduk tempatan yang datang mengadu kepada kita.

"Jadi mungkin ada masalah-masalah tertentu yang kita tak tahu apa yang terjadi kepada keluarga-keluarga di luar sana sehingga membuat mereka malu dan tak mahu ke depan," tegasnya.

Dalam pada itu keluarga berkenaan turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyara kehidupan mereka.

Penyerahan sijil kelahiran itu turut dihadiri Pengarah JPN Perak,Asuat Ahmad.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap