Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Tingkat daya saing digitalisasi melalui Jelajah Saya Digital

2024-08-05 berita.rtm.gov.myHaiPress

Datuk Chan Foong Hin bersama Syed Ibrahim Syed Noh berkesempatan melawat ruang pameran robotik di Jelajah Saya Digital @ Kota Kinabalu yang berlangsung selama tiga hari dari 2 hingga 4 Ogos 2024

KOTA KINABALU,5 Ogos- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),agensi peneraju ekonomi digital negara bawah seliaan Kementerian Digital,baru-baru ini menganjurkan siri program Jelajah Saya Digital (JSD) bersempena program Sabah Education Tech 2024 (SET 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

MDEC menerusi satu kenyataan memaklumlan,Kempen Saya Digital diperkenalkan pada akhir tahun 2020 bagi membantu meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam mendepani ekonomi digital.

"Inisiatif ini juga sebagai satu usaha dalam mendayaupayakan rakyat untuk menangani kos sara hidup,selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Sabah untuk mencapai objektif Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Melalui visi ekonomi digital,Sabah beraspirasi untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030,"menurut kenyataan tersebut.

Program JSD menumpukan kepada empat teras utama iaitu Saya Digital Literasi,Saya Digital Bisnes,Saya Digital Freelance,dan Saya Digital Kerjaya di mana ia memberi manfaat kepada golongan sasaran seperti B40,graduan menganggur,warga emas,orang kelainan upaya,pelajar sekolah dan universiti,serta usahawan mikro,kecil,dan sederhana (PMKS).

JSD telah menjelajahi ke 69 lokasi dan berjaya melatih seramai 27,154 peserta dari seluruh negara. MDEC menyasarkan seramai 40,000 peserta untuk menyertai program JSD di 31 lokasi dan ia merupakan platform terbaik untuk memperkukuhkan kemahiran digital di kalangan rakyat,termasuk usahawan.

"Dengan mengambil peluang yang ada,rakyat dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi digital negara. Antara program bawah JSD adalah program eUsahawan dan MyDigitalMaker.

"Melalui program eUsahawan,MDEC berjaya melatih seramai 564,629 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT),pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan usahawan di seluruh negara dengan menjana jualan terkumpul melebihi RM1.26 bilion.

"Manakala menerusi program MyDigitalMaker,ia telah memberi impak kepada lebih 2.5 juta pelajar sekolah di seluruh negara melalui penglibatan dalam aktiviti pembuatan digital,"jelas kenyataan tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program JSD ini,termasuklah sesi perkongsian dan demonstrasi praktikal seperti teknik gerak laju pemasaran digital,robotik di dalam pendidikan serta penggunaan teknologi AI di dalam pekerjaan harian,projek DIY dan aplikasi permainan.

JSD @ Kota Kinabalu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Kota KinabaluDatuk Chan Foong Hin,bersama Pengerusi MDEC,Syed Ibrahim Syed Noh.

Rakan-rakan strategik MDEC untuk JSD iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),TM-Unifi Business dan PDRM turut mengadakan sesi perkongsian dalam acara tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap