Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Lesen media sosial hanya untuk penyedia perkhidmatan

2024-08-05 berita.rtm.gov.myHaiPress

Timbalan Pengarah Urusan,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),Datuk Zulkarnain Mohd Yasin

KUALA LUMPUR,4 Ogos- Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) hanya dikenakan terhadap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.

Timbalan Pengarah Urusan,Datuk Zulkarnain Mohd Yasin,menegaskan pelaksanaannya tidak melibatkan pengguna platform itu.

"Saya tahu kebimbangan ramai yang berniaga dalam talian menggunakna platform Facebook,TikTok,Instagram dan sebagainya,tapi mereka tidak akan dilesenkan pengguna. Cuma yang perlu dilesenkan adalah penyedia platform itu sendiri iaitu Facebook,Instagram,X dan sebagainya,Youtube juga.

"Jadi kalau kita lihat bahawa ini adalah keperluan perlesenan ini sebenarnya,adalah kita melihat keperluan untuk melindungi pengguna.

Beliau berkata tempoh lima bulan bermula 1 Ogos sehingga 31 Disember 2024 akan digunakan MCMC untuk membangunkan garis panduan komprehensif yang terperinci dan memenuhi etika yang perlu dipatuhi secara proaktif oleh penyedia perkhidmatan berkenaan.

"Jadi ini adalah sesuatu yang kita lihat dengan banyak kemudaratan yang berada diplatform media sosial,kita perlu melindungi pengguna dan letakkan tanggungjawab itu kepada mereka.

"Tanpa tanggungjawab mereka boleh sewenang-wenangnya menentukan apa-apa juga syarat atau membiarkan apa-apa bentuk kandungan tanpa melihat kepada aspek perlindungan pengguna. Ini satu perkara yang ingin kita tekankan bahawa penyedia platform akan lebih bertanggungjawab dengan adanya perlesenan ini",katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menjadi tetamu dalam Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap