2024-07-26 berita.rtm.gov.myHaiPress
Ketua Pegawai Eksekutif,Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Datuk Abu Tariq Jamaluddin (tengah)
CYBERJAYA,26 Julai - Kerajaan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois bermula 1 Ogos.
Ketua Pegawai Eksekutif,Datuk Abu Tariq Jamaluddin berkata menerusi kelonggaran itu ia membenarkan semua aktiviti atau industri untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan termasuk e-Invois bil kendiri.
"LHDN juga mengesahkan,dalam tempoh enam bulan ini,tiada tindakan pendakwaan di bawah seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap ketidak patuhan peraturan e-Invois dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan seperti dinyatakan," katanya.
Selain itu,Abu Tariq berkata kerajaan turut memberi pengurangan tempoh tuntutan elaun modal bagi pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer sekiranya pembayar cukai melaksanakan e-Invois mengikut garis masa yang ditetapkan.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20