Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Tiga negeri sumbang 72.1% kepada eksport negara berjumlah RM126 bilion bulan lalu

2024-07-26 berita.rtm.gov.myHaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,26 Julai- Pulau Pinang,Johor dan Selangor menyumbang 72.1 peratus kepada eksport negara berjumlah RM126 bilion bulan lalu.

Bagi tempoh sama,Pulau Pinang kekal pengeksport utama merangkumi 34.2 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Peningkatan eksport turut dicatat kebanyakan negeri seperti Terengganu,Perak,Sarawak dan Kedah.

Sebaliknya,nilai eksport menurun di di beberapa negeri termasuk Labuan,Pahang,Melaka dan Negeri Sembilan.

Prestasi eksport bernilai RM126 bilion pada Jun 2024 meningkat sebanyak RM2.1 bilion atau 1.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi import mengikut negeri menyaksikan pertumbuhan 17.8 peratus kepada 16.9 bilion ringgit,berbanding bulan sama tahun lalu.

Selangor mendominasi import menerusi sumbangan 25.5 peratus,diikuti Johor 23.3 peratus dan Pulau Pinang 20.9 peratus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap