Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Pinjaman mudah RM103.54 juta diluluskan untuk automasi dan pemodenan syarikat

2024-07-25 berita.rtm.gov.myHaiPress

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua dari kanan) ketika menghadiri Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023,di ibu negara

KUALA LUMPUR,25 Julai- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) telah meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM103.54 juta untuk tujuan automasi dan pemodenan 29 syarikat sehingga Jun 2024.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,pinjaman mudah ini mencerminkan pendirian kerajaan dalam memberi insentif untuk melaksanakan pengilangan pintar.

Menurutnya,daripada segi bakat,teknologi baharu itu memerlukan pekerja yang mempunyai set kemahiran yang betul dan kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan saluran bakat yang mantap.

"Kejayaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Kebangsaan


amat bergantung pada pembangunan kumpulan tenaga kerja yang betul berkaitan industri untuk memastikan perniagaan seperti anda,benar-benar dapat memanfaatkan teknologi IR4.0 bagi


pertumbuhan mampan pada masa akan datang,"katanya.

Tambahnya,Malaysia berhasrat untuk menjadi hab pembuatan pintar di rantau ini,seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu,NIMP 2030.

Salah satu projek berasaskan misinya ialah membangunkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya pada Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023,di ibu negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap