Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Koperasi disaran teroka peluang baharu

2024-07-25 berita.rtm.gov.myHaiPress

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal

ALOR SETAR,25 Julai - Koperasi terutama di Kedah perlu mengambil peluang sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk meneroka peluang-peluang baharu khususnya dalam sektor pelancongan.

Ia bagi memastikan koperasi bukan sahaja terus berdaya saing dan berkembang malah konsisten menjana pendapatan.


Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata,berdasarkan data statistik koperasi di Kedah hingga 31 Disember 2023 sebanyak 1,003 koperasi didaftarkan dengan jumlah keanggotaan seramai 285,302 orang.


Katanya,jumlah syer atau yuran berjumlah RM357.98 juta dan jumlah aset bernilai RM754 juta.


Manakala perolehan pendapatan koperasi adalah sebanyak RM425.96 juta.


"Kita melihat dua perkara,pertama sekali pencapaian koperasi di Kedah ini terutama koperasi yang mikro dan juga koperasi yang melibatkan hampir 70 peratus adalah mereka yang berada di luar bandar adalah ada peningkatan. Yang keduanya kita juga akan menambah satu bilangan koperasi yang mana terutamanya komuniti-komuniti yang berada di luar bandar ini untuk lebih meningkat," kata Norihan.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2024 peringkat Negeri Kedah,di sini.


Hadir sama,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah,Datuk Mohd Salleh Saidin dan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Kumaresan a/l Arumugam.


Program bertemakan 'Malaysia MADANI Teras Kecemerlangan Koperasi' ini sinonim dengan aspirasi Kerajaan MADANI kerana koperasi merupakan model yang baik untuk menggerakkan ekonomi dalam kalangan akar umbi.


Sementara itu,mengulas mengenai program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) Norihan berkata,sebanyak 65 program itu telah dilaksanakan dengan jumlah insentif yang telah diluluskan sebanyak RM1.69 juta.

Ia melibatkan jumlah jualan sebanyak RM5.9 juta dan memberi manfaat kepada 202,846 pengguna.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap