2024-07-25 berita.rtm.gov.myHaiPress
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR,25 Julai - Pelbagai program pendidikan dan kempen kesedaran telah dan sedang disusun bagi mengisytiharkan perang terhadap gula.
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ia untuk menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula yang merupakan antara penyebab utama peningkatan berat badan serta penyakit tidak berjangkit (NCD).
Ini termasuk memberi pengiktirafan ‘Healthy Choice’ kepada syarikat yang mengurangkan kandungan gula dalam produk mereka.
"Ini adalah antara contoh dan beberapa slogan-slogan yang kita akan perkenalkan dan ini adalah satu usaha berterusan yang akan kita ambil,kempen untuk mengurangkan pengambilan gula," katanya pada sesi persidangan Dewan Negara,di sini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator A Kesavadas yang ingin tahu pendekatan holistik KKM untuk mengawal pengambilan gula dalam kalangan rakyat di negara ini.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20