2024-07-21 berita.rtm.gov.myHaiPress
Penganalisis ekonomi Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
KUALA LUMPUR,21 Julai - Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurberkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024 menandakan kerajaan berjaya melakukan reformasi ekonomi dalam menangani kos sara hidup rakyat .
Penganalisis ekonomi Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata,ini sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.
"Antara penyebabnya ialah dorongan fiskal kerajaan persekutuan yang melalui beberapa inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kita lihat bahawa kewujudan akaun tiga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga turut membantu daripada segi meningkatkan kecairan dan keperluan kewangan dalam jangka masa pendek.
"Tetapi yang lebih mendorong kepada pertemuan domestik sudah tentunya daripada industri-industri utama seperti daripada sektor perkhidmatan,pembuatan,pembinaan termasuk juga pertanian yang mana apabila kita melihat semuanya menunjukkan peningkatan yang ketara," kata Razman kepada RTM.
Tambahnya,pertumbuhan yang positif itu juga disumbang faktor kestabilan politik dengan pelaksanaan dasar dan polisi yang lebih jelas dan berimpak .
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman sosialnya berkata,pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurberkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024memberi kesempatan kepada negarauntuk bangkit menjadi lebih gagah.
Ujarnya,dalam Ekonomi MADANI,kerajaan menjanjikanpeluang pekerjaan,latihan dan pemindahan teknologi yang lebih baik menujuke arah pendigitalan dan peralihantenaga.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20