2024-07-21 berita.rtm.gov.myHaiPress
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyber Event Hall/ BERNAMA
CYBERJAYA,21 Julai- Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024,yang dilancar hari ini,berkonsep Karnival Rakyat menepati ramalan atau jangkaan,sasaran 5,000 pengunjung.
Tinjauan RTM mendapati ribuan pengunjung membanjiri lokasi karnival,simbolik bagi menzahirkansemangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ini merupakan program pembuka tirai dan petanda bermulanya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini,sejurus Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di CyberEvent Hall Cyberjaya yang dijadual petang ini.
Program yang diberi suntikan berkonsep Karnival Rakyat tersebut bermula seawal 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Pelbagai pengisian menarik dan bermanfaatdisajikan kepada para pengunjung termasuk pameran kemerdekaan,aktiviti interaktif kenegaraan,kuiz,persembahan patriotik dan sebagainya.
Sejurus ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan tetamu kehormat,para pengunjung disajikan dengan persembahan 'Citra Malaysia MADANI',yang mengetengahkan inisiatif-inisiatif Kerajaan dalam bentuk penyampaian bicara berirama,melibatkan 50 warga kerja Jabatan Penerangan (JAPEN).
Ia disusuli pelancaran dan pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang,secara 'flag off' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Acara ini disertai seramai 90 orang,melibatkan 65 kenderaan terdiri daripada 50 unit motorsikal berkuasa tinggi dari Kelab Suzuki V-Strom Malaysia,empat unit motorsikal Polis Diraja Malaysia (PDRM),empat unit kenderaan JAPEN dan lima unit kenderaan agensi,komuniti dan pertubungan bukan kerajaan (NGO) Selangor.
Dalam pada itu,tinjauan RTM mendapati kaunter saman PDRM sesak dengan pengunjung,susulan tawaran pengurangan kadar saman sehingga 50 peratus yang dilaksanakan PDRM.
Terdapat juga Jualan Kombo Agro MADANI dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas harian dengan harga yang lebih rendah.
Ini merupakan program serampang dua mata yang menawarkan program bermanfaat dan menyantuni kebajikan rakyat serta pada masa sama,menyuntik semangat cintakan negara sekali gus menghargai kemerdekaan yang kita nikmati lebih enam dekad.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20