2024-07-14 berita.rtm.gov.myHaiPress
Dr Zambry Abdul Kadir
KANGAR,14 Julai- Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil maklum akan kebimbangan yang disuarakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk meneliti secara mendalam cadangan mewajibkan ujian saringan HIV terhadap pelajar baharu yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menteri,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,ujian awal HIV bukan bertujuan mendiskriminasi pelajar,namun sebagai langkah pencegahan segera supaya ia tidak menular dalam kalangan anak muda.
"Itu telahpun dilakukan selama ini,cuma mungkin kali ini diwar-warkan,dibahaskan di Parlimen,pendedahan bilangannya (kes HIV) dan sebagainya.
"(Bagaimanapun) laporan perubatan bagi seseorang pelajar untuk masuk IPT itu semua dilakukan... jadi ia bukan satu perkara baru," katanya ketika Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini.
Turut diadakan majlis apresiasi untuk tujuh orang pelajar cemerlang SPM 2023 bagi Parlimen Kangar.
Terdahulu,Zambry berkata,seramai 214 pelajar berusia antara 18 hingga 25 tahun dari institusi awam dan swasta dilaporkan menghidap HIV pada 2020 diikuti 186 kes (2021),221 kes (2022) dan 244 kes (2023).
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20