2024-07-12 berita.rtm.gov.myHaiPress
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini setelah mengalami kejatuhan selama lima hari berturut-turut / Foto Fail
KUALA LUMPUR,10 Julai - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini setelah mengalami kejatuhan selama lima hari berturut-turut.
Ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh dan permintaan yang lebih baik dari India untuk komoditi itu,kata peniaga minyak sawit David Ng.
“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,850 setan dan paras rintangan pada RM4,000 setan,” kata Ng kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Julai 2024 naik RM7 kepada RM4,005 setan,Ogos 2024 meningkat RM20 kepada RM3,983 setan,September 2024 bertambah RM17 kepada RM3,935 setan,Oktober 2024 naik RM9 kepada RM3,906 setan,November 2024 dan Disember 2024 masing-masing meningkat RM7 kepada RM3,898 setan dan RM3,905 setan.
Jumlah dagangan jatuh kepada 49,595 lot daripada 107,394 lot pada Rabu,manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 225,937 kontrak daripada 229,364 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan kekal tidak berubah pada RM4,050 setan.-BERNAMA
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20