2024-06-30 berita.rtm.gov.myHaiPress
Pihaknya sedang menjalankan siasatan penuh berhubung kejadian itu termasuk agensi pelancongan berkenaan.
KUALA LUMPUR,30 Jun- Susulan nahas bas persiaran yang mengorbankan dua warga China di kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands,semalam.
Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Datuk Seri Tiong King Sing berkata lesen agensi pelancongan terbabit,akan digantung sementara,sekiranya siasatan mendapati syarikat tersebut gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Pihaknya sedang menjalankan siasatan penuh berhubung kejadian itu termasuk agensi pelancongan berkenaan.
Satu mesyuarat khas juga diadakan Selasa ini membabitkan kementerian itu,Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membincangkan mengenai siasatan nahas tersebut.
"Tadi saya terima aduan daripada pelancong-pelancong,bas tidak berapa sesuai,mereka datang enam hari lima malam,lepas itu bas tukar tiga kali.
"Ini terbukti bas tidak diselenggara dengan baik,tiada penyaman udara,bas pun sana sini berbunyi-bunyi.
"Sepatutnya ada jadual penyelengaraan tetapi kenapa tidak ada," katanya kepada pemberita di sini.
BERITA BERKAITAN:
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20