Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kehadiran Sheikh Al-Azhar, beri manfaat perpaduan Islam di Malaysia

2024-06-30 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto Fail

PUTRAJAYA,30 Jun- Ketua Institusi Al-Azhar,Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan memaklumkan kedatangan Ahmed Mohammed Al-Tayyib adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Lawatan rasmi ini sudah tentu akan memberi makna besar kepada usaha-usaha pengukuhan perpaduan umat Islam selain memperkukuh keakraban hubungan antara Malaysia dan Mesir."

"Pada masa sama,kehadiran beliau nanti akan memantapkan usaha-usaha pembangunan Islam di Malaysia khususnya pendidikan Islam dan tahfiz," kata Mohd Na'im dalam kenyataan,hari ini.

Sepanjang lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar itu,selain pertemuan bersama Perdana Menteri,beberapa program melibatkan beliau telah dirancang antaranya Lawatan serta Bicara Eksekutif MADANI di Darul Quran,Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM),Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana serta Sesi Pertemuan bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

"JPM (Hal Ehwal Agama) amat yakin bahawa lawatan rasmi ini akan membawa manfaat kepada keharmonian serta perpaduan masyarakat dan negara," tambahnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap