Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Majlis kemuncak NTW 2024 pada 29, 30 Jun ini

2024-06-28 berita.rtm.gov.myHaiPress

KUALA LUMPUR,28 Jun - Majlis kemuncak National Training Week 2024 (NTW 2024) bakal diadakan selama 2 hari di Stadium Bukit Jalil 29 dan 30 Jun ini.

NTW tahun ini bertemakan ‘Menginspirasikan Kecemerlangan Malaysia melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat’ akan diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Ketua Bahagian Komunikasi,Korporat dan Pemasaran HRD Corp,Hazrina Azizdin berkata pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program NTW 2024 seperti Pancasains dari Petrosains,‘EV Experience’ oleh Proton,pameran buku dan pameran virtual realiti,cara mengendalikan drone dan juga kursus keselamatan daripada pasukan bomba.

"NTW juga menawarkan kursus lebih daripada 460 kursus dalam kelas. Kita akan mengadakan kelas-kelas latihan di Bukit Jalil yang mana akan melatih dalam 2,000 orang.

"Ada juga kursus pemasaran digital yang dipenuhi macam mana untuk menghasilkan kandungan media sosial,kursus memajukan diri sama ada untuk peribadi,profesional,majlis dan kursus musik daripada komposer terkenal," katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri,hari ini.

Program NTW inisiatif Kementerian Sumber Manusia(KESUMA) dan HRD Corp yang menawarkan lebih 60,000 kursus latihan percuma dan menyasarkan 200,000 penyertaan seluruh negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap