2024-06-27 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto hiasan
JOHOR BAHRU,26 Jun- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor merekodkan 14,536 notis saman atas pelbagai kesalahan trafik,sepanjang tempoh Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024.
Pengarah JPJ Johor Azmil Zainal Adnan berkata,saman dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 90,280 kenderaan,sejak 1 Jun sehingga hari ini.
"Tahap kesedaran kepada pematuhan peraturan keselamatan jalan raya khususnya kenderaan persendirian masih berada pada skala rendah. ini dapat diperhatikan menerusi 3,691 notis saman dikeluarkan kerana kegagalan memiliki lesen memandu.
"...maka memandu tanpa ada lesen dan merekodkan 2,551 notis saman dikeluarkan iaitu 18 peratus gagal memperbaharui dan juga tiada lesen kenderaan motor (LKM) iaitu tiada cukai jalan serta 2,238 iaitu 16 peratus tiada perlindungan insurans," katanya kepada pemberita dalam sidang media Operasi Khas HRAA 2024 di sini.
Op HRAA 2024 diteruskan sehingga 30 Jun ini,bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.
Dalam pada itu,keseluruhan 360 kenderaan disita,melibatkan 292 motosikal,49 kereta dan 19 lagi kenderaan lain.
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27