Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

2024-06-25 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,24 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

Pada penutup dagangan,kontrak Jun 2024 turun 1.0 mata kepada 1,591,Julai 2024 dan Disember 2024 susut 0.5 mata masing-masing kepada 1,597.0 dan 1,590.5,dan September 2024 merosot 1.5 mata kepada 1,582.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 22,229 lot daripada 12,328 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 65,039 kontrak berbanding 55,901 kontrak.

Pada pukul 5.00 petang,FBM KLCI turun sedikit 0.05 peratus atau 0.71 mata kepada 1,589.66 daripada paras penutup 1,590.37 pada Jumaat minggu lepas.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap