2024-06-25 berita.rtm.gov.myHaiPress
Datuk Arthur Joseph Kurup
KUALA LUMPUR,25 Jun- Seramai 24,800 lepasan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang pertanian terlatih,hasil bimbingan program kendalian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) direkodkan setakat ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup memaklumkan,trend kebolehpasaran lepasan TVET pertanian juga mencatat peningkatan pada tahun lepas iaitu 72.3 peratus berbanding 2022 dengan 69.5 peratus dan pada 2021 dengan hanya 66.3 peratus.
"Tren kebolehpasaran TVET semakin meningkat kalau kita lihat pada 2023 ia telah meningkat kepada 72.3 peratus berbanding 2022 dengan 69.5 peratus dan tahun sebelum itu hanya 66.3 peratus.
"Sehingga kini KPKM telah berjaya mengeluarkan seramai 24,800 graduan TVET terlatih dalam bidang pertanian," katanya ketika menjawab soalan tambahan datipada Ahli Parlimen Tampin,Datuk Mohd Isam Mohd Isa di sini.
Tambahnya,beberapa program turut dirangka bagi memacu kebolehpasaran lepasan TVET dalam bidang pertanian.
Ia termasuk Program Pembangunan Belia Tani Dalam Kalangan Siswazah (PROBEST) dan pemberian Geran Agropreneur Muda kepada lepasan TVET pertanian yang ingin memulakan perniagaan dalam sektor agropertanian makanan setelah tamat pengajian.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20