Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

2024-06-18 berita.rtm.gov.myHaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,18 Jun- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan pelabur terus mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang pengumuman data dan pandangan baharu berkaitan ekonomi ekonomi global.

Pada pukul 9.00 pagi,ringgit meningkat kepada 4.7100/7140 berbanding dolar AS pada penutupan Jumaat pada 4.7190/7225.

Urus niaga ditutup semalam sempena sambutan Aidiladha.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves menyatakan bahawa peserta pasaran menumpukan siri ucapan Rizab Persekutuan AS dan laporan jualan runcit negara maju itu yang dijadualkan lewat hari ini.

“Di samping itu,bank pusat Australia iaitu Reserve Bank of Australia dijangka mengekalkan kadar tunai rasmi pada 4.35 peratus buat kali kelima berturut-turut.

"China pula akan mengumumkan data pengeluaran perindustrian,jualan runcit,pelaburan aset tetap dan data pekerjaan yang mungkin menimbulkan reaksi bercampur-campur," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu,ringgit kebanyakannya diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9871/9898 daripada 3.0046/0072 pada Jumaat,menokok berbanding pound Britain kepada 5.9864/9915 daripada 5.9955/9999 namun lemah berbanding euro kepada 5.0567/0610 daripada 5.0418/0455 sebelum ini.

Pada masa sama,ringgit turut diniagakan meningkat berbanding negara ASEAN lain.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 287.0/287.2 daripada 287.5/287.8 pada Jumaat dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.04/8.05 sebelum ini.

Ia juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4842/4875 daripada 3.4857/4886 sebelum ini dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.7986/8136 daripada 12.8328/8475. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap