2024-06-17 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto hiasan
ARAU,16 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluas arahan tidak membenarkan pembelian petrol RON95 atau diesel secara berulang di stesen-stesen minyakselepas penyasaran subsidi dilaksanakan bermula 10 Jun lepas.
Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDN Shamsul Nizam Khalil berkata,perkara itu untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dan penyeludupan ke atas bahan api itu.
"Maksudnya kalau satu kenderaan dengan nombor plat tempatan isi minyak RON95 sebanyak 60 liter,kemudian dalam beberapa minit dia isi lagi skali,itu yang dimaksudkan dengan pembelian berulang.
"...dengan pengisian 60 liter itu kita boleh pergi jauh kira-kira 500 ke 600 kilometer sekali isi jadi pengisian seterusnya itu dibeli untuk disimpan atau tujuan lain. Pegawai kita pun ada di situ,ada kamera litar tertutup (CCTV),jadi ia boleh dipantau. Sekiranya pelaku ditangkap dan stesen minyak tidak melaporkan kejadian itu,tindakan ke atas stesen minyak berkenaan boleh dikenakan," kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan dan pemantauan Ops Kesan 2.0 di sini.
Arahan yang dikeluarkan itu juga merupakan satu keperluan dalam usaha memastikan tiada kenderaan tempatan cuba mengambil kesempatan membuat pengisian petrol atau diesel secara berulang sekali gus menyebabkan berlakunya ketirisan.
Ketika ini,arahan tersebut hanya dikuatkuasakan di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan,Perlis,Kedah dan Perak.
Pada masa samaKPDN juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sepertiJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sertaJabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha membanteras penyeludupan diesel di sempadan.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20