2024-06-14 berita.rtm.gov.myHaiPress
Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berucap pada Simposium Sasana 2024
KUALA LUMPUR,12 Jun- Peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada bersasar termasuk diesel,langkah positif ke arah dasar yang lebih mampan dan saksama.
Jelas Gabenor Bank Negara Malaysia,Datuk Abdul Rasheed Ghaffour,dasar negara harus disesuaikan mengikut persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah.
"Pembaharuan,daripada tanggungjawab fiskal kepada jaringan keselamatan sosial yang lebih baik dan daya tahan iklim yang dipertingkatkan,adalah penting untuk pertumbuhan mampan negara kita serta kesejahteraan rakyat,"katanya.
Berucap pada Simposium Sasana 2024,jelasnya pengalaman dan cabaran terkini memberi kejelasan kepada penggubal dasar,untuk membentuk hala tuju negara.
Sementara itu katanya,program kewangan sosial iTEKAD yang dilancarkan ketika pandemik COVID-19,menunjukkan kemajuan menggalakkan.
Setakat ini,lebih 6,000 perniagaan kecil dan mikro mendapat manfaat daripada iTEKAD,dengan jualan bulanan meningkat hampir 90 peratus.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20