Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Dua pelajar maut dalam insiden tembakan di sekolah Filipina

2026-08-18 HaiPress

Foto AFP

MANILA,18 Ogos – Dua pelajar maut termasuk seorang suspek dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah kendalian Universiti Ateneo de Zamboanga (AdZU),selatan Filipina,hari ini.

RINGKASAN BERITA AI

Pelajar yang berada di lokasi kemudian dilihat menjerit dan bergegas menuju ke pintu keluar.

Datuk Bandar Zamboanga City,Khymer Olaso berkata,rakaman itu menunjukkan suspek dipercayai terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah seorang guru sebelum bergerak ke bilik lain.

“Tembakan itu tersasar,kemudian dia bergerak ke bilik lain. Dia menembak seorang lagi pelajar di situ,” katanya kepada sebuah stesen radio tempatan.

Pihak sekolah secara berasingan mengesahkan dua kematian,sementara keadaan di lokasi dilaporkan sudah terkawal.

Kejadian itu merupakan insiden tembakan di sekolah yang kedua dilaporkan di Filipina dalam tempoh kira-kira dua bulan.

Pada Jun lalu,tiga pelajar terbunuh dan kira-kira 20 lagi cedera dalam serangan di sebuah sekolah menengah awam di Tacloban City.

AdZU merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang turut mengendalikan pendidikan asas merangkumi sekolah rendah,sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas,selain program pengajian tinggi. – REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap