Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

White House mohon AS$87.6 bilion tambahan biaya perang Iran

2026-06-25 HaiPress

Senator Patty Murray,Demokrat dari Washington yang juga ahli kanan Jawatankuasa Peruntukan Senat,menyifatkan Presiden Donald Trump telah melancarkan perang yang “melulu dan mahal” tanpa kelulusan Kongres atau rakyat./  AFP

WASHINGTON,25 Jun – White House pada Rabu mengemukakan permohonan kepada Kongres bagi mendapatkan AS$87.6 bilion (kira-kira RM372 bilion) sebagai peruntukan tambahan untuk membiayai perang di Iran serta beberapa program lain.

RINGKASAN BERITA AI

Sebelum ini,Setiausaha Pertahanan,Pete Hegseth,memaklumkan Pentagon mungkin memerlukan sehingga AS$200 bilion bagi membiayai perang yang bermula pada 28 Februari lalu.

Permohonan itu dijangka meletakkan beberapa ahli Republikan dalam kedudukan sukar menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS 2026,memandangkan mereka mungkin perlu mengundi untuk menyalurkan dana tambahan bagi perang yang tidak mendapat sokongan meluas rakyat.

Cadangan itu turut menerima bantahan segera daripada Demokrat.

Senator Patty Murray,menyifatkan Presiden Donald Trump telah melancarkan perang yang “melulu dan mahal” tanpa kelulusan Kongres atau sokongan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan keperluan dana tambahan itu ketika Pentagon masih mempunyai lebih AS$100 bilion dana yang belum dibelanjakan.

Selain pembiayaan perang,Rumah Putih turut memohon AS$500 juta bagi projek pemulihan dan pembinaan di Washington serta AS$1 bilion untuk kerja naik taraf Stesen Penn di New York.

Bagaimanapun,kelulusan peruntukan itu tertakluk kepada persetujuan Kongres.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap