2026-04-14 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,14 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepelbagaian yang diwarisi merupakan asas yang menyatukan dalam ikatan kebersamaan dengan semangat saling menghormati,saling memahami dan saling memperkukuh perpaduan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau menyatakan perkara itu menerusi hantaran Facebook dengan merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Chithirai,Hari Vaisakhi dan Vishu kepada masyarakat Tamil,Sikh dan komuniti Malayalee yang meraikannya di seluruh negara.
“Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan yang menenangkan jiwa,kesihatan berpanjangan serta keberkatan yang melimpah buat kalian.
“Dalam semangat ini,marilah kita terus memelihara perpaduan dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab agar Malaysia kekal teguh sebagai sebuah negara yang makmur dan harmoni,” menurut hantaran itu.
04-14
04-14
04-14
04-14
04-14
04-14
04-14
04-14
04-14
04-14