Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

KPDN Kedah perketat pemantauan sekatan kad asing beli RON95

2026-04-01 HaiPress

FOTO KPDN KEDAH

ALOR SETAR,1 April – Seramai 180 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah kini berada dalam kesiapsiagaan tinggi bagi melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di lapangan.

RINGKASAN BERITA AI

Bagaimanapun,beliau menjelaskan sekatan itu hanya melibatkan transaksi terus di pam,manakala pengguna masih boleh menggunakan kad kredit atau debit asing di kaunter stesen minyak.

Tambahnya,pendekatan itu diharap dapat memperkukuh penguatkuasaan selain mengelakkan sebarang penyalahgunaan subsidi RON95.

Dalam perkembangan sama,beliau berkata melalui Op Tiris 4.0,KPDN terus memperkukuh kerjasama strategik secara bersepadu dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS),Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguat kuasa lain bagi menutup ruang penyelewengan dan ketirisan.

KPDN turut memberi amaran keras bahawa sebarang cubaan menyeleweng subsidi negara,sama ada oleh individu atau sindiket,merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara.

“Tindakan penguatkuasaan paling tegas akan diambil tanpa sebarang toleransi,” katanya.

Sehubungan itu,orang ramai termasuk pengguna,peniaga dan pihak industri diseru agar bersama-sama menyokong Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan (KITA GEMPUR) demi manfaat bersama.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap