2025-11-05 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,4 November - MBSB Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran asas bagi ringgit kepada RM4.25 daripada RM4.30 sebelum ini,dengan menjangkakan mata wang tempatan itu akan terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikannya menyatakan,pemangkin utama bagi pengukuhan berterusan ringgit ialah jangkaan pengecilan jurang kadar faedah antara AS dan Malaysia.
Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini,ringgit mencatatkan kenaikan sebanyak 6.8 peratus berbanding dolar AS.
Pada akhir Oktober,ringgit berada paras RM4.189 dengan peningkatan 0.3 peratus bulan ke bulan berbanding RM4.207 pada akhir September.
Prestasi pada bulan lalu sebahagiannya disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada mesyuarat,selain sentimen positif daripada prestasi ekonomi domestik.
“Ringgit didagangkan dalam julat RM4.1885–RM4.231 bulan lalu,dengan tekanan penurunan berterusan sepanjang tiga minggu pertama Oktober. Mata wang tempatan juga dua kali menguji paras rintangan melebihi RM4.23.
“Namun pada hari-hari terakhir bulan tersebut,berlaku perubahan momentum yang ketara apabila ringgit berubah arah dan menutup bulan itu dengan lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya.
MBSB menambah bahawa data terkini dalam negara terus menunjukkan aktiviti ekonomi yang kukuh,sejajar dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga tahun ini yang memberangsangkan serta angka perdagangan luar September yang melebihi jangkaan.
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05
11-05