Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

TYT Melaka terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat PERDASAMA

2025-11-03 HaiPress

Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Mohd Azamanizam Baharon / BERNAMA

KLANG,3 November - Yang di-Pertua Negeri Melaka,Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam,dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Makan Malam Gala PERDASAMA 2025 malam tadi.

Anugerah itu disampaikan oleh Presidennya,Mohd Azamanizam Baharon,sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa Tun Mohd Ali dalam memperkasakan komuniti usahawan tempatan dan antarabangsa,khususnya melalui platform Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

Majlis turut menyaksikan 12 individu menerima Anugerah Kepimpinan PERDASAMA dan dua lagi menerima Anugerah Rakan Strategik PERDASAMA,yang disampaikan oleh Datuk Bandar Klang,Datuk Abd Hamid Hussain.

Dalam ucapannya,Mohd Azamanizam berkata PERDASAMA merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi bumiputera yang dilantik sebagai panel penasihat kepada Jawatankuasa Penasihat Garis Panduan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

“Ini bukti kepercayaan terhadap keupayaan PERDASAMA dalam membawa suara dan kepentingan usahawan bumiputera ke peringkat dasar negara,” katanya.

Setakat 1 September lalu,PERDASAMA merekodkan keahlian sebanyak 27,480 syarikat bumiputera yang merangkumi lebih 50 sektor perniagaan dan industri di seluruh negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap