Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

SPRM rakan strategik Hari Wartawan Nasional 2025

2025-06-06 HaiPress

79 agensi kerajaan dan swasta menjadi rakan strategik HAWANA 2025

KUALA LUMPUR,5 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi agensi penguat kuasa pertama selaku rakan strategik penganjuran Hari Wartawan Nasional 2025 (HAWANA 2025).

Kerjasama itu diumumkan dalam Majlis Bersama Rakan Strategik Hawana 2025 yang diadakan di Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA),Selasa lalu.

Pada majlis itu,Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM,Hisyam Mohd Yusoff mewakili Ketua Pesuruhjayanya,Tan Sri Azam Baki,telah menyampaikan replika cek penajaan HAWANA kepada Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil yang hadir merasmikan majlis.

Menurut Hisyam,penajaan sebagai rakan strategik itu adalah bagi meraikan peranan agensi media yang banyak membantu menyampai serta menyebar luas maklumat kepada masyarakat.

"Walaupun ini pertama kali SPRM menjadi rakan strategik,ia menjadi penanda aras untuk membuka ruang kerjasama lebih luas dan lebih erat antara dengan media pada masa akan datang" katanya.

Antara agensi kerajaan dan swasta yang menjadi rakan strategik HAWANA 2025

Sebanyak 79 agensi kerajaan dan swasta turut menjadi rakan strategik HAWANA 2025,antaranya seperti Malaysia Technology Development Corporation (MTDC); Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA); Kementerian Sumber Manusia (KESUMA; Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia;Yayasan Inovasi Malaysia; Dewan Bahasa dan Pustaka; dan Balai Seni Lukis Negara.

Sambutan HAWANA 2025 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula 13 hingga 15 Jun ini dengan majlis kemuncaknya akan dirasmikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Jun.

Pelbagai acara menarik turut diadakan,antaranya forum media,karnival dan pameran.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap