2025-06-03 IDOPRESS
Foto RTM
JITRA,3 Jun - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kedah/Perlis merancang untuk memperluaskan penggunaan teknologi dron bagi penyemburan baja foliar di ladang-ladang nanas,sebagai usaha berterusan ke arah pertanian pintar
Pengarahya Mohd Izwan Kasin berkata,kaedah berkenaan membolehkan penyemburan baja dilakukan dengan lebih tepat dan sekata,meningkatkan penyerapan nutrien tanaman,serta mengurangkan pembaziran input pertanian.
Katanya,selain menjimatkan masa dan tenaga kerja,penggunaan dron turut membantu mengurangkan pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya.
"Inisiatif ini merupakan langkah proaktif LPNM dalam memperkasakan teknologi pertanian moden,selaras dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0 dan Rancangan Malaysia Ke-12," katanya selepas menghadiri Demonstrasi Penggunaan Aplikasi Dron Pertanian Dalam Aktiviti Penanaman Nanas oleh Pengarah LPNM Negeri Kedah/Perlis dan Pasukan Dron Bertauliah dari LPNM di sebuah ladang nanas di Kampung Asun,di sini.
Katanya,melalui adaptasi teknologi seperti Internet of Things (IoT) dan dron,LPNM komited meningkatkan produktiviti dan kelestarian industri nanas negara.
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04