Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki peningkatan semula Wall Street

2025-03-13 IDOPRESS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,13 Mac- Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal dagangan pada Khamis,menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas beberapa hari mencatatkan penjualan.

Peniaga berkata data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan telah meyakinkan pelabur sekali gus menambah baik sentimen dalam pasaran tempatan.

Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.18 mata kepada 1,490.01 daripada 1,484.83 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.96 mata lebih tinggi kepada 1,488.79.

Bagi keseluruhan pasaran,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 267 berbanding 104,dengan 216 kaunter tidak berubah,1,803 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 218.29 juta saham bernilai RM146.02 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd keputusan Kanada untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan AS bernilai US$21 bilion adalah berbeza dengan prestasi Wall Street yang mengalami kenaikan semula.

Prestasi Wall Street itu didorong oleh data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah berbanding jangkaan telah meyakinkan pelabur,jelasnya.

Keadaan itu boleh mempengaruhi prospek Rizab Persekutuan AS berkaitan kadar faedah,tambah firma pembrokeran itu.

Malacca Securities menjelaskan di peringkat domestik,terdapat peluang dagangan dalam saham teknologi yang terlebih jual,dan pihaknya mengekalkan unjuran positif bagi sektor perbankan,disokong oleh kenaikan semula Wall Street.

Walaupun mengalami tekanan jualan,pendapatan dan dividen sektor itu yang semakin meningkat dijangka membantu mengurangkan risiko penurunan,tambahnya.

“Sementara itu,kami cenderung kepada REIT kerana peningkatan semula jumlah kunjungan ke pusat beli-belah utama,” jelasnya.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi,Tenaga Nasional naik 20 sen kepada RM13.20,YTL Power dan Sunway masing-masing menambah 10 sen kepada RM3.07 dan RM4.27,manakala RHB meningkat tiga sen kepada RM6.83. Maxis susut satu sen kepada RM3.21,sementara Maybank turun dua sen kepada RM10.16.

Bagi kaunter aktif,NEXG dan Ta Win masing-masing tidak berubah pada 25.5 sen dan 3.0 sen,Nationgate meningkat 11 sen kepada RM1.28,manakala Saliran dan Mestron masing-masing turun satu sen kepada 26 sen dan 25.5 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas naik 42.94 mata kepada 11,094.16,Indeks FBMT 100 menambah 40.91 mata kepada 10,877.18,dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 47.30 mata kepada 10,781.79. Indeks FBM 70 mengukuh 78.53 mata kepada 15,742.86,manakala Indeks FBM ACE naik 20.19 mata kepada 4,419.16.

Mengikut sektor,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.18 mata kepada 150.13,Indeks Tenaga menokok 4.59 mata kepada 688.91,dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 14.75 mata kepada 18,215.53.

Bagaimanapun,Indeks Perladangan susut 11.76 mata kepada 7,282.28.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap