Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Industri aeroangkasa sasar pendapatan RM55 bilion menjelang 2030

2025-02-14 HaiPress

Pendapatan industri aeroangkasa negara dijangka meningkat kepada RM55 bilion menjelang 2030 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,13 Februari – Pendapatan industri aeroangkasa negara dijangka meningkat kepada RM55 bilion menjelang 2030,seiring dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Datuk Hanafi Sakri memaklumkan industri tersebut berkembang pesat,didorong oleh peningkatan trafik penerbangan serta ekosistem lengkap yang dimiliki negara,termasuk tenaga kerja mahir,penyelenggaraan,pembaikan dan baik pulih (MRO),serta kemudahan kejuruteraan.

Selain itu,pengambilalihan MASwings oleh kerajaan Sarawak turut membuka lebih banyak peluang dalam sektor aeroangkasa negara.

Ketika ini,jumlah pendapatan industri aeroangkasa Malaysia dianggarkan sekitar RM20 hingga RM21 bilion.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap