Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Rapid KL On-Demand perluas laluan baharu mulai 17 Februari

2025-02-14 HaiPress

Rapid KL On-Demand memperkenalkan enam laluan baharu bermula 17 Februari ini / Foto Rapid Bus

CHERAS SELATAN,14 Februari – Rapid Bus Sdn Bhd,pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dan bas perantara MRT akan memperluaskan jaringan perkhidmatan Rapid KL On-Demand dengan memperkenalkan enam laluan baharu bermula 17 Februari ini.

Laluan baharu itu meliputi kawasan berpenduduk padat,lokasi tanpa kemudahan pengangkutan awam,serta kawasan dengan kesalinghubungan ke perkhidmatan rel Rapid KL.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd,Ku Jamil Zakaria pengenalan enam laluan baharu itu merupakan kesinambungan kejayaan pelancaran empat laluan sebelum ini.

Laluan tersebut meliputi Taman Desa,Taman Genting Setapak,Putrajaya Sentral,dan Bangsar,dengan rekod lebih 1,700 penumpang setakat ini.

Berikut adalah laluan baharu yang akan diperkenalkan
"Secara keseluruhan,perkhidmatan itu kini beroperasi di 13 laluan di Lembah Klang sebagai sebahagian daripada inisiatif perjalanan batuan pertama dan batuan terakhir (first mile,last mile).“Rapid Bus akan menambah laluan baharu secara berperingkat sejajar dengan penerimaan van baharu. Usaha ini bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam,” kata Ku Jamil menerusi kenyataan.Perkhidmatan Rapid KL On-Demand beroperasi setiap hari dari 6.00 pagi hingga 11.30 malam,dengan jaminan tempat duduk menerusi tempahan dalam aplikasi Mobi,Trek Rides atau Kummute.Tambang promosi RM1.00 bagi setiap perjalanan boleh dibayar menggunakan,Kad Touch ‘n Go,Kad Konsesi MyRapid,Pas Perjalanan OKU Smile dan Pas Perjalanan Tanpa Had (My50,MyCity & Pas Famili).Promosi tersebut akan dilanjutkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan itu.Maklumat lanjut boleh didapati di media sosial rasmi Rapid KL atau laman web www.myrapid.com.my.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap