2025-02-13 HaiPress
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Parlimen
KUALA LUMPUR,13 Februari - Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memudahkan penganjuran perhimpunan aman di negara ini,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen hari ini.
Menurut beliau,pindaan tersebut bertujuan memberi lebih kelonggaran kepada penganjur,namun aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan.
Ini termasuk keperluan pemberitahuan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekurang-kurangnya lima hari sebelum perhimpunan berlangsungsupaya polis dapat menjaga keselamatan kawalan dan juga lalu lintas.
"Saya beri jaminan,mulai sekarang tidak lagi diperlukan sebarang kelulusan,hanya pemberitahuan lima hari kepada pihak polis kecuali bagi lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan keselamatan.
"Mengenai tempat,tentunya tempat itu diberikan kelonggaran,tetapi kalau kata perkarangan istana atau tempat keselamatan,adalah peraturan-peraturan.
"Sebab itu notifikasi supaya polis boleh panggil penganjur tanya di mana hendak dilakukan,jangkaan berapa orang dan menjamin supaya syarat-syarat senjata,saya tidak fikir itu terlalu rumit ataupun jaminan supaya mereka menjaga dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan itu," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka,Khoo Poay Tiong.
Selain itu,Perdana Menteri turut berkata siasatan terhadap mahasiswa yang menganjurkan Perhimpunan Anti-Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
"Dengan beberapa tindakan sebelum ini termasuk umpamanya siasatan terhadap Perhimpunan Anti Rasuah yang melibatkan mahasiswa. Semua siasatan itu akan dihentikan dan tidak akan ada tindakan yang diambil.
"Begitu juga tentang mogok lapar dan bantahan ataupun tunjuk perasaan oleh SOSMA beberapa hari yang lalu juga tidak akan diambil apa-apa tindakan," jelasnya.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21