Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Larangan kenderaan berat, kurangkan risiko kemalangan

2025-02-08 IDOPRESS

Foto Hiasan

SUNGAI BULOH,8 Februari- Rata-rata pengguna lebuh raya menyambut baik inisiatifLembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk melaksanakan perluasan larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak.

Pelaksanaan larangan itu merupakan satu langkah progresif ke arah meningkatkan tahap keselamatan dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Jika berlakunya kemalangan (kenderaan berat),cara pembersihan,cara untuk membersihkan kemalangan itu agak rumit kerana ia melibatkan jentera-jentera lain. Ia memberi kesan kepada pengguna lebuh raya lain disebabkan kesesakan itu.Inisiatif itu adalah satu perkara yang bagus," kata pengguna lebuh raya,Muhammad Firdaus Mohd Fuzi.

"Saya menyokong tindakan diambil ini. Tindakan tersebut dapat mengurangkan kemalangan di lebuh raya,Mohd Hasrul Hamdan.

"Tindakan itu bagus dan lebih baik sekiranya pihak polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dapat melakukan pemantauan lebih ketat untuk memastikan inisiatif itu berjalan lancar ketika waktu puncak,Nur Ainna Amira Malek.

"Harapan saya sebagai pengguna jalan raya,kadar kemalangan dapat dikurangkan dan perjalanan kita sebagai pengguna jalan raya dapat berjalan dengan lebih lancar lagi,Nur Adriana Amira Mohd Ridzuan.

BERITA BERKAITAN:

LLM perluas larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa lebuh raya

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap