Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Hakisan pantai Terengganu: Kerajaan negeri digesa ambil tindakan proaktif

2025-01-15 IDOPRESS

Hakisan di beberapa kawasan pantai Kuala Nerus / Foto RTM

KUALA NERUS,15 Januari-Kerajaan Terengganu digesa lebih agresif menangani masalah hakisan teruk yang berlaku di pantai sekitar Kuala Nerus.

Ini berikutan keadaan hakisan terutama di Pantai Mengabang Telipot,Pangkalan Maras dan Batu Rakit sudah berada pada tahap kritikal dan perlu ditangani segera bagi mengelak lebih banyak kerugian harta benda.

Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata kerjaaan negeri perlu mengambil langkah proaktif termasuk mendesak kerajaan pusat menyalurkan peruntukan segera bagi menangani masalah tersebut untuk jangka masa pendek dan panjang.

Sekiranya tidak ditangani segera,ia akan menyebabkan kemusnahan kepada rumah para penduduk dan infrastruktur.

"Sesuai benar kalau pihak menteri besar dan juga pihak kerajaan negeri supaya dapat memohon dengan Perdana Menteri untuk menyalurkan segera peruntukan.

"Saya rasa inilah peluang terbaik untuk menggunakan wang ehsan kita.

"Wang ehsan sekarang ini diuruskan oleh kerajaan pusat.

"Saya rasa tidak ada isu untuk gunakan wang ehsan ini",katanya demikian yang ditemui selepas meninjau kawasan hakisan di Mengabang Telipot,di sini.

Mengulas lanjut Ahmad Razif berkata kerajaan negeri boleh melihat bagaimana kejayaanprojek pemecah ombak yang telah dilakukan di Pantai Seberang Takir serta pembinaan Lagon di Pantai Tok Jembal Kuala Nerus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap