Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Ryt Bank terima kelulusan mula operasi

2025-01-15 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,15 Januari- Ryt Bank akan menjadi bank digital keempat bakal dilancarkan di negara ini,selepas mendapat kelulusan untuk memulakan operasi.

Bank digital generasi baharu itu merupakan usaha sama antara YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Ltd.

Ryt Bank yang menerima kelulusan operasi 20 Disember 2024,akan diperkenalkan kepada orang ramai secara berperingkat bagi memastikan kelancaran operasi.

Ini akan memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI) bagi menyampaikan perkhidmatan kewangan bermakna dan inklusif untuk pelanggan.

Ryt Al berperanan sebagai jurubank persendirian bagi memudahkan perkhidmatan perbankan mengikut kesesuaian pengguna

Pengenalannya menandakan,kesemua lima pemegang lesen bank digital telah menerima kelulusan untuk memulakan operasi.

Semalam,konsortium bank digital islamik diketuai KAF Investment Bank Berhad,turut menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi berkuat kuasa tarikh sama.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap