Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan pengambilan untung

2025-01-14 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,13 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini.

Kontrak semerta Januari 2025 menurun kepada US$2,689.20 setiap auns troy daripada US$2,692.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas,manakala kontrak Februari 2025 merosot kepada US$2,699.10 setiap auns troy daripada US$2,703.10 sebelumnya.

Kontrak Mac 2025,April 2025 dan Jun 2025 turut ditutup rendah kepada US$2,706.20 setiap auns troy daripada US$2,707.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 56 lot daripada 28 lot pada Jumaat,manakala kepentingan terbuka menokok kepada 71 kontrak daripada 56 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 10 Jan,harga emas fizikal berada pada US$2,687.45 setiap auns troy.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap