2024-12-19 HaiPress
Lim Hui Ying
KUALA LUMPUR,19 Disember- Kerajaan memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan oleh institusi-institusi itu mengakibatkan kesulitan kepada pelanggan.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying memaklumkan,Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan segera dengan mengarahkan institusi-institusi perbankan terlibat menentukan punca utamaganguan berkenaan.
Seterusnya menetapkan langkah pembetulan dan pencegahan sesuai untuk mengelakkan perkara sama berulang.
Pemantauan rapi turut dilakukan dalam memastikan institusi perbankan terlibat memulihkan perkhidmatan perbankan dengan kadar segera.
"Lanjutan daripada penilaian ke atas punca utama dan impak gangguan yang dikemukakan,BNM telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengenakan penalti monetari pentadbiran terhadap dua institusi perbankan pada 29 Julai 2024 atas pelanggaranperuntukan undang-undang di bawah seliaan BNM," katanya.
Beliau menjawab soalan dikemukakan SenatorDatuk Bobbey Suan berkenaan pandangan kerajaan terhadap isu kekerapan gangguan perkhidmatan dalam talian oleh institusi perbankan serta kesediaan untukmengenakan penalti susulan prestasi perkhidmatan perbankan keraptergendala.
Dalam pada itu sebanyak RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan disekat institusi kewangan dalam negara setakat September lepas.
Lim Hiu Ying berkata impak positif berkenaan diperoleh susulan pelaksanaan lima langkah pencegahan utama institusi kewangan bawah seliaan BNM bagi memastikan keselamatan pengguna perbankan dalam talian terjaga.
Langkah berkenaan termasuk mempercepat peralihan kepada kaedah pengesahan lebih kukuh,memperketatkan peraturan pengesanan penipuan,dan mewujudkan talian penting khusus untuk penipuan kewangan.
"Trend kes penipuan secara pancingan data atau phishing dan perisian hasad dilaporkan kepada BNM menunjukkan trend berkurang sebanyak 60 peratus.
"Terkini bank negara terus berusaha mengukuhkan keselamatan perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih. Ia termasuklah langkah-langkah tambahan seperti memperketatkan piawaian pengesanan penipuan untuk memperkasa keupayaan institusi kewangan dalam mengesan transaksi mencurigakan," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Bobbey Suan berkenaan jaminan kerajaan berhubung keselamatan pengguna melibatkan urusan perbankan dalam talian.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20